Jika disoroti sejarah perkembangan revolusi industri di dunia, Revolusi Industri 1.0 telah bermula pada tahun 1712 dengan memperkenalkan enjin wap dan peralatan mekanikal. Revolusi Industri 2.0 pada tahun 1870 pula telah mencipta elektrik dan mencetuskan pengeluaran secara besar- besaran. Perkembangan dilanjutkan kepada Revolusi Industri 3.0 pada tahun 1969 yang telah membangunkan elektronik dan ICT. Pembangunan teknologi ICT dan internet yang pesat pada masa kini telah mempercepatkan proses peralihan kepada Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) Professor Klaus Schwab, pengasas dan pengarah eksekutif the World Economic Forum (WEF) telah menerbitkan buku yang berkaitan IR 4.0 pada tahun 2016. Dalam kenyataannya beliau berpandangan bahawa IR 4.0 ini berbeza pada dasarnya daripada tiga revolusi sebelumnya kerana ia melibatkan teknologi tinggi yang jauh terkedepan dan terangkum.
Automasi, Internet of Things (IoT), analisis dan data raya (big data), simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik dan pengkomputeran awan (computering) bakal mengambil alih peranan manusia dalam pelbagai lapangan kehidupan meskipun dijangka memberi manfaat kepada kemajuan dunia.

Comments
Post a Comment